Suamiku, Encik Perfect 10!
Suamiku, Encik Perfect 10!

Suamiku, Encik Perfect 10!

Suamiku, Encik Perfect 10! merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2015 arahan Feroz Kader dalam penampilan sulung arahannya. Diadaptasi dari novel asal 2012 bertajuk sama karya Syamnuriezmil, filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai pelakon utama dengan Syazwan Zulkifly, Raja Ilya, Jasmin Hamid dan Jehan Miskin sebagai pelakon pembantu.[1][2][3]Filem ini mengisahkan mengenai seorang pelajar, Aleesya Azmeen (Lisa Surihani) yang terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri dengan Zarief Daniel (Aaron Aziz) selama seminggu di Malaysia selepas mengandungkan anak teman lelakinya, Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly) di London. Konflik mula muncul apabila tunang Zarief Daniel, Azura Hanim (Raja ilya) meminta perkahwinan mereka dipercepatkan dan Syed Muzaffar menagih kembali cinta Aleeya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Januari 2015.[4]

Rujukan

WikiPedia: Suamiku, Encik Perfect 10! http://news.asiaone.com/news/showbiz/aaron-aziz-se... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/lelaki-ha... http://www.bakul2011.com/2015/01/review-filem-suam... http://beautifulnara.com/filem-suamiku-encik-perfe... http://www.budiey.com/kejutan-menanti-di-malam-gal... http://www.guahavoc.com/2015/02/demam-suamiku-enci... http://www.imdb.com/title/tt1199300/ http://iskandarx.com/suamiku-encik-perfect-10-raih... http://www.kakitonton.com/2015/01/suamiku-encik-pe... http://merdeka-online.com/home/aaron-aziz-masih-la...